Khamis, 4 Mac 2010

Orkid 'selipar'

Salam,

Jika anda semua lihat di dalam kolum tajuk blog saya ini , saya ada letak gambar 2 kuntum bunga orkid yang unik. Nama saintifik bunga orkid ini ialah Paphiopedilum rothschildianum, nama lain orkid ini ialah 'slipper orchid' atau orkid selipar( tak glamour langsung namanya). 'Selipar ini merujuk kepada bentuk pouchnya atau 'lip'nya yang berbentuk sandal atau selipar, tapi bukan selipar 'Jepun' yer. Habitat asal bunga ini ialah di kaki Gunung Kinabalu, Sabah. Spesis ini hanya terdapat ditempat yang saya sebutkan tadi, tempat lain dalam dunia ni takde, satu lagi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Spesis nie dijumpai pada tahun 1885 oleh pengembara Inggeris (orang asli kat tempat tu takut sebab kononnya tempat tu berpenunggu. ada puaka dan macam-macam lagi karut-marut nusantara), mat salleh nie bawak balik ke England, dia namakan pokok unik nie Paphiopedilum rothschildianum,sempena nama seorang bangsawan Inggeris pada masa tu Baron Rothschild. Orkid rothschild nie kemudiannya jadi terkenal kerana ciri-ciri bunganya yang besar (lebar maksimum 20-30cm),bunga boleh tahan sampai 3 bulan, berbanding pokok lain dalam keluarga spesis nie. Tahun berganti tahun sehinggalah kini (2010) sudah 125 tahun orkid nie dikenali ke seluruh dunia sehinggakan di gelar 'King of Slipper Orchid'. Walaupun permintaan untuk orkid ni tinggi di pasaran tapi kita masih boleh jumpa orkid ni di beberapa lokasi tertentu di habitat asalnya.
Orkid ni hanya sesuai tumbuh di kawasan tanah tinggi, suhu yang rendah antara 15'c hingga 25'c adalah yang paling sesuai untuk orkid tumbuh dengan sihat dan mengeluarkan bunga. Jadi ,kalau anda tinggal di kawasan tanah rendah, lebih baik lupakan hasrat untuk memiliki orkid nie untuk koleksi anda, buat habiskan duit jer dan yang paling penting sekali taklah nanti bila dah dapat,kemudian pokok nie layu seterusnya mati, takkah rugi namanya tu, ini salah satu sebab mengapa kita jangan beli pokok-pokok yang diambil dari hutan untuk di tanam di halaman kita terutamanya orkid hutan. Biarkan orkid hutan terus berada di habitat asalnya, jangan ganggu ,ambil gambar takpe sebab bagi saya dunia ni bukan untuk kita akan wariskan kepada anak cucu kita tapi sebenarnya kita mewarisi daripada anak cucu kita , kita bertanggungjawab terhadap alam ni untuk keberterusan berkekalan kehidupan yang hijau,tenang ,sihat, dan sejahtera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan